Naib Canselor Utem, Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, jumlah tersebut merangkumi 35 penerima Ijazah Doktor Falsafah, 265 Ijazah Sarjana, 2,561 Ijazah Sarjana Muda dan 265 Diploma.

“Di samping itu, seramai 91 graduan antarabangsa dari 11 buah negara bakal menerima ijazah masing-masing yang antaranya dari Yemen, Iraq, Indonesia, Sudan, Mesir dan lain-lain lagi. Secara keseluruhannya, Utem telah berjaya melahirkan seramai 23,647 graduan sejak majlis konvokesyen pertama pada tahun 2005.

“Tahun ini juga merupakan tahun ketiga Utem melahirkan graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan, menjadikan Utem pengeluar graduan Teknologi Kejuruteraan teramai di negara bagi menyokong usaha ke arah pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis konvokesyen tersebut yang berlangsung selama dua hari sehingga esok di Dewan Tun Canselor Utem, Durian Tunggal di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Pada masa sama, Shahrin memberitahu, Utem telah berjaya melahirkan kumpulan pertama graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Teknologi Permainan) seramai 31 graduan dan Ojazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Komputer) seramai 33 graduan.

“Utem juga merupakan satu-satunya universiti awam di negara ini yang menawarkan program pengajian di dalam bidang tersebut,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE