Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Seri Md. Yunos Husin berkata, seramai 10,762 pelajar iaitu 87 peratus daripada 12,371 pelajar Sekolah Kementerian Pendidikan negeri ini layak mendapt sijil SPM.

“Secara keseluruhannya keputusan peperiksaan SPM negeri Melaka telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan. Tahniah kepada semua yang terlibat,” katanya dalam satu sidang akhbar di Jabatan Pendidikan negeri di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Rawi Mahmud dan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Abu Bakar Sahari. - UTUSAN ONLINE