Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, golongan tersebut menerima sumbangan duit raya RM100 seorang dan produk makanan daripada Mamee bagi meringankan beban keluarga masing-masing menjelang sambutan Aidilfitri.

“Sekecil mana sumbangan yang dihulurkan, ia cukup bermakna kepada si penerima yang hidup serba kekurangan, malah ‘buah tangan’ yang tidak seberapa itu mampu menerbitkan senyuman, walaupun cuma untuk seketika.

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat memberi sinar dan kegembiraan kepada para penerima dalam membuat persiapan dan meraikan Aidilfitri nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Kepada Anak Yatim dan Golongan Asnaf anjuran Harwanis bersama Mamee di kilang Mamee, Ayer Keroh di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Harwanis, Dalilah Awaluddin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Damian Yeo Shen Li; Ketua Pegawai Eksekutif Mamee Double Decker (M) Berhad, Tan Sri Pang Tee Chee dan Pengarah Urusan Double Decker (M) Berhad, Datuk Gary Choo Kok Sen.

Sementara itu, Adly memberitahu, kerajaan negeri juga menggalakkan syarikat-syarikat swasta untuk menyampaikan sumbangan mahupun bantuan kepada golongan memerlukan tanpa mengira masa. - UTUSAN ONLINE