Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kesemua calon dari pelbagai kategori sekolah itu menduduki peperiksaan utama tersebut di 108 pusat peperiksaan dalam tiga daerah di negeri ini.

Menurutnya, calon sekolah kerajaan termasuk sekolah menengah kebangsaan (SMK), sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah menengah teknik (SMT) adalah tertinggi dengan jumlah 11,765 calon.

“Sementara itu selebihnya merupakan calon-calon daripada maktab rendah sains Mara (711 calon), program kemahiran pendidikan vokasional (42 calon), sekolah menengah agama negeri (22 calon) serta 199 calon daripada sekolah swasta.

“Selain itu, peperiksaan ini turut melibatkan 608 calon persendirian sekolah dan 471 calom persendirian perseorangan,” katanya ketika ditemui semasa mengadakan lawatan di SMK Bukit Baru di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Rashid Mohd. Sidek dan Pengetua SMK Bukit Baru, Ab. Malek Kasim. - UTUSAN ONLINE