Kesemua peserta terdiri daripada penjawat awam, pelajar sekolah rendan dan menengah, guru-guru Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh Melaka. 


Majlis bermula pukul 9 pagi itu didahului dengan solat dhuha, tadarus al-Quran serta sesi ceramah tadabbur al-Quran sebelum bermulanya #QuranHour. 


#QuranHour atau majlis khatam al-Quran secara beramai-ramai itu bermula pukul 12 tengah hari dan dipimpin oleh Imam Besar Masjlid Al-Azim, Datuk Mohamad Hashim.


Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad; Mufti Kerajaan negeri, Datuk Abdul Halim Tawil; Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Yaakub Md. Amin; Pengarah JAIM, Md. Azahan Samat dan Setiausaha MAIM, Ikram Ibrahim yang bersama-sama membaca al-Quran pada majlis tersebut. - ONLINE UTUSAN