Yang Dipertua MDT, Rosnazli Amin berkata, melalui kayuhan itu pihaknya mengajak masyarakat untuk bersama menjaga kebersihan jajahan ini.

“Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama kerana persekitaran yang kotor boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada masyarakat.

“Deman denggi dan pe­nyakit kencing tikus adalah berpunca persekitaran yang kotor, jadi kita perlu berganding bahu membebaskan Tumpat daripada anasir pencemaran dan tidak sihat,” katanya ketika ditemui selepas program tersebut, di sini semalam.

Rosnazli memberitahu, seramai 150 orang terlibat dalam kayuhan sempena Program Jom Berbasikal Bebas Sampah.

Katanya, MDT berhasrat menjadikan program tersebut sebagai program tahunan dalam memupuk kesedaran menjaga kebersihatan.

“MDT terus membawa mesej kebersihan dalam kalangan masyarakat dan aspek tersebut selaras dengan tuntutan agama.

“Tugas menjaga kebersihan bukan terletak di bahu MDT semata-mata. Penduduk juga perlu prihatin tentang masalah ini,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat perlu turut sama memainkan peranan bagi merealisasikan impian untuk melihat bandar Tumpat menjadi bersih.