SHAHRIN AHMAD
SHAHRIN AHMAD

Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi MBSA, Shahrin Ahmad berkata, program itu merupakan inisiatif ke arah melahirkan warga Shah Alam yang mengamalkan gaya hidup sihat di samping mengurangkan jumlah penggunaan kenderaan.

"Sempena program tersebut juga MBSA akan menganjurkan larian Fun Run Sempena Shah Alam Bebas Plastik dengan 800 helai baju T akan diberikan kepada 800 peserta terawal.

"Kaunter pendaftaran dibuka mulai pukul 6.30 pagi dan pelbagai aktiviti riadah seperti berbasikal, berjalan kaki, persembahan pentas, senamrobik dan pameran kesihatan turut diadakan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu jelas Shahrin, MBSA juga menyediakan permainan memanjat dinding, cabaran makan buah , cabutan bertuah, jualan baja kompos, jualan makanan, ruang bergambar, mini zoo, dan aktiviti melukis.

"Tidak terkecuali pihak MBSA juga menganjurkan Program Jom Picnic Dhuha bersama Zul Handy Black, Buskers As Assalam dan Ustaz Zul Pandan.

"Program Eco Free Market juga akan diadakan iaitu pemberian barangan terpakai secara percuma kepada yang memerlukan," ujarnya. - UTUSAN ONLINE