Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, mayat itu yang dipercayai warga tempatan ditemukan orang awam pukul 11.20 malam.

“Ketika ditemukan mayat dalam keadaan tertiarap memakai t-shirt merah dan seluar pendek hitam paras lutut di sisi sebatang pokok pisang berhampiran semak samun kawasan berkenaan.

“Keadaan mayat ketika ditemui sudah mereput dan mengeluarkan ulat dalam keadaan tertiarap.

“Polis turut menemui sebuah beg hitam yang mengandungi dokumen seperti buku bank tabung haji, lesen memandu dan kad pekerja Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di bawah nama Hasnizam Omar,” katanya ketika dihubungi. - UTUSAN ONLINE