Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Masjid Al-Wosto kebanggaan penduduk

Ahmad Fuad Alias menunjukkan replika hasil, sijil dan medal selaku
Ahmad Fuad Alias menunjukkan replika hasil, sijil dan medal selaku juara Program Masjid Gemilang Pahang (PMGP) 2016 yang diletakkan di hadapan Masjid Al-Wosto di Kampung Tanjung Besar Paya Pulai, Temerloh, Pahang, baru-baru ini.

TEMERLOH 23 Feb. – Kejayaan Masjid Al-Wosto di Kampung Tanjung Besar Paya Pulai di sini menjuarai Program Masjid Gemilang Pahang (PMGP) 2016 membanggakan ahli kariah dan penduduk daerah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Wosto, Ahmad Fuad Alias berkata, pengiktirafan itu menjadi pendorong kepada kariah masjid untuk terus memakmurkan rumah ibadah itu sebagai pusat ekonomi, koperasi, ukhwah dan platform mengukuhkan perpaduan.

Katanya, Masjid Al-Wosto diberi peluang menyertai PMGP 2016 mewakili daerah ini yang bermatlamat memberi pengiktirafan kepada masjid-masjid di negeri ini.

“Program tahunan anjuran kerajaan negeri dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ini melibatkan beberapa kategori seperti pengimarahan, pengurusan, penarafan tiga atau empat bintang dan lain-lain.

“Masjid Al-Wosto bersaing dengan 13 buah masjid yang mewakili semua daerah dalam negeri ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurut Ahmad Fuad, kecemerlangan Masjid Al-Wosto dinilai daripada kriteria kejayaan jawatankuasanya mentadbir urus masjid, persekitaran, perpaduan, pembangunan dan prasarana.

Katanya, elemen lain yang dinilai adalah program pengimarahan masjid bersama ko­muniti dan menjalinkan hu­bung­an harmoni menjurus ke­pada memakmurkan masjid.

“Ia adalah selaras dengan matlamat PMGP untuk memperkasakan institusi masjid yang menjadi nadi penggerak dengan memaksimumkan penggunaannya secara kreatif dan inovatif,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain