Tahap kritikal itu dipandang serius oleh kerajaan ne-geri apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron meminta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan segera membantu kerajaan negeri mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah tersebut.

Ujar ketua menteri, beliau sudah tidak tahu lagi cara atau kaedah terbaik bagi mengatasi masalah tersebut melainkan kementerian terlibat segera meluluskan pembinaan tapak pelupusan baharu dengan me­nggunakan sistem insi­nerator.

Bayangkan usaha kerajaan negeri yang selama ini mengamalkan kempen kebersihan ‘Don't Mess With Melaka’, tiba-tiba menghadapi masalah menyediakan tapak pelupusan sampah, sudah pasti perkara ini akan menjadi satu kebimbangan bukan sahaja kepada Idris malah mungkin seluruh rakyat ke mana lokasi tapak pelupusan sampah selepas ini.

Bukan salah kerajaan ne-geri kerana setiap hari lebih 850 hingga 1,200 tan sampah dibuang di tapak pelupusan Sanitari Sungai Udang yang telah menampung kira-kira 720,000 tan sisa sejak dua tahun beroperasi.

Jumlah itu kebiasaannya meningkat pada cuti hujung minggu iaitu 1,200 hingga 1,500 sehari selain boleh mencapai hingga 28,000 tan sebulan.

Sebagai cadangan, kementerian perlu segera membantu kerajaan negeri menyelesaikan masalah itu termasuk mencari lokasi bersesuaian untuk dijadikan tapak pelupusan sampah baharu kerana ketika ini pembinaan sel kedua tapak pelupusan yang terletak bersebelahan tapak sedia ada giat dilaksanakan.

Wajar satu alternatif lokasi lain selain Sungai Udang perlu dicari kerana sudah terdengar rungutan penduduk di sekitar kawasan itu yang mendakwa mereka menjadi mangsa ke-rana perlu ‘menghidu' aroma tidak sedap kesan daripada lokasi tapak pelupusan tersebut sejak dua tahun lalu.

Pastinya kerajaan negeri mempunyai langkah terbaik untuk mengatasi masalah ini umpama ‘menarik rambut dalam tepung’ supaya memberi faedah kepada semua pihak termasuk tidak mengganggu persekitaran penduduk dan pada masa yang sama segala sisa buangan di negeri itu dapat diletakkan di satu kawasan yang mencukupi untuk tempoh beberapa tahun akan datang.