Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Makanan percuma untuk calon UPSR di SK Lemal

Makanan
Sebahagian guru tahun enam SK Lemal bertungkus lumus menyiapkan makanan untuk dihidangkan kepada calon UPSR 2017.-UTUSAN

PASIR MAS 13 Sept - Sekolah Kebangsaan (SK) Lemal di sini mencipta kelainan apabila menyediakan makanan percuma untuk 84 murid tahun enam sepanjang mereka menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Guru besarnya, Zakaria Sulaiman berkata, menariknya makanan tersebut dimasak sendiri oleh 16 orang guru yang mengajar tahun enam.

Menurutnya, kesemua guru-guru tersebut akan memasak secara gotong-royong untuk dihidangkan kepada murid-murid berkenaan untuk dua sesi, iaitu sarapan dan makan tengah hari.

"Ini merupakan inisiatif yang diambil oleh pihak sekolah dalam mengukuhkan lagi hubungan antara guru dengan murid dan memberi sokongan moral kepada mereka.

"Saya berharap, calon-calon UPSR SK Lemal akan memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR nanti," katanya. -UTUSAN ONLINE.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain