Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

MAIP cadang beli mesin lupus al-Quran

WAN SALIM WAN MOHD. NOOR (tiga dari kanan) menyempurnakan proses
WAN SALIM WAN MOHD. NOOR (tiga dari kanan) menyempurnakan proses melupuskan lima tan abu al-Quran di perairan Pulau Kendi, Pulau Pinang, baru-baru ini. Utusan/AZMAN ASMAYATIM

PULAU PINANG 1 Mac – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bercadang membeli mesin pelupusan al-Quran yang dicipta Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selepas teknologi baharu itu dipasarkan.

Mufti negeri, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, pihaknya berminat dan akan memanfaatkan inovasi itu kerana boleh mengasingkan kertas serta dakwat kitab suci berkenaan.

Ini kerana, katanya, kertas yang diproses menerusi mesin bernilai kira-kira RM40,000 itu boleh dikitar semula dan digunakan untuk perkara berfaedah lain.

“Ini merupakan satu tindakan cermat untuk kita mengendalikan al-Quran yang rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

“Walaupun proses pelupusan ini tidak dituntut dalam Islam, tetapi kita melakukannya atas perasaan hormat terhadap kitab yang menjadi panduan seluruh umat Islam,” katanya selepas menyempurnakan program pelupusan lima tan al-Quran di perairan Pulau Kendi iaitu 12 batu nautika dari Pangkalan Polis Marin Batu Uban, di sini baru-baru ini.

Program yang bermula pukul 9.30 pagi itu adalah anjuran Pusat Pelupusan al-Quran, Masjid Dae­rah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang.

Yang turut hadir Yang Dipertua MAINPP, Datuk Mohd. Salleh Man dan Imam Utama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Mohd. Zaki Abdul Halim.

Wan Salim berkata, pelupusan al-Quran kali kedua itu menjadi program tahunan kerana mendapat kerjasama baik pelbagai pihak.

“Buat masa ini kerja-kerja pelupusan al-Quran mudah dan tidak mempunyai masalah ke­rana kita sudah memiliki sebuah mesin di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain