Malah, suasana yang berlaku di kawasan itu juga menimbulkan kurang senang hati orang ramai berikutan bukan sahaja berbau busuk, malahan timbunan sampah juga menjelikkan persekitaran.

Longgokan botol plastik, bekas polistirena dan sisa makanan berada di bawah pokok besar sekali gus mengundang persepsi negatif daripada masyarakat luar.

Diharap pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan tegas serta mencari jalan penyelesaian agar masalah yang sama tidak akan berulang. - UTUSAN ONLINE