Pengarah LKIM negeri, Abdullah Ismail berkata, menerusi pelaksa­naan pasar nelayan tersebut pengguna juga menikmati hasil laut yang sedar dengan harga yang berpatutan serta lebih murah kerana tiada lagi orang tengah.

Beliau berkata, dua buah pasar nelayan sudah diwujudkan di Geting, Tumpat dan Kuala Besar, Kota Bharu dan yang terbaharu ialah di daerah ini yang kini beroperasi membekalkan hasil tangkapan laut yang segar daripada 30 buah bot tempatan yang memenuhi permintaan pengguna di sepanjang Ramadan.

“Sebuah lagi pasar nelayan akan diwujudkan di Tok Bali dalam tempoh yang terdekat di bawah pengurusan PNK Semerak bagi membolehkan nelayan bot kecil yang turun ke laut awal pagi dan mudik ke pangkalan pada waktu tengah hari dengan hasil yang masih segar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melakukan tinjauan ke pasar nelayan berkenaan di Pantai Irama dekat sini, baru-baru ini.

Abdullah berkata, Kerajaan Per­sekutuan menerusi LKIM mem­be­lanjakan peruntukan lebih RM200,000 bagi membina bangunan pasar nelayan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas dan fizikal untuk keselesaan pe­ngunjung termasuk penyediaan ruang parkir yang luas.