Mereka terdiri daripada kakitangan serta kontraktor Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Pejabat 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung 
(MPKK) Gong Chengal.

Yang Dipertua MPK, Johan Ibrahim berkata, aktiviti gotong-royong itu diadakan antara lain 
menjadikan kawasan persekitaran pantai berkenaan sentiasa bersih dan indah dalam usaha 
menarik lebih ramai pengunjung ke situ.

"Rakyat perlu sedar aspek kebersihan sangat penting kerana Pantai Kemasik ini kawasan 
pelancongan. Jika pantai kita kotor, pelancong tak akan lawat tempat kita dan tentunya  
merugikan para peniaga di kawasan itu.
 
" Banyak kemudahan yang kerajaan bangunkan di Pantai Kemasik untuk beri kemudahan kepada 
orang ramai khususnya pelancong yang datang dari jauh. Kemudahan itu antaranya surau, 
wakaf, taman permainan, tong sampah, kios dan tandas awam," ujarnya kepada Utusan Malaysia 
di sini hari ini.

Beliau seterusnya mengingatkan para pengunjung supaya sama-sama memikul tanggungjawab 
bagi memastikan pantai peranginan sentiasa bersih dan tidak dicemari sampah-sarap. 

"Kebersihan adalah aspek terpenting dalam kehidupan dan begitu juga kemajuan sesebuah 
negara dan masyarakat adalah bergantung kepada sejauh mana prihatinnya masyarakat terhadap kebersihan," katanya. - UTUSAN ONLINE