Zaini Hussin
Zaini Hussin

Pengarahnya, Dr. Zaini Hussin berkata, ia melibatkan Taman Bunga Padi dan Taman Bakau Emas di Kangar, Taman Kim di Padang Besar, Taman Utara Jaya di Kuala Perlis, Rancangan Perumahan Awam (RPA) Beseri, Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis, Kampung Padang Malau, Beseri dan Jalan Kampung Tokong, Pauh.

“Pastikan ke­adaan sekeliling bersih da­ripada pembiakan nyamuk aedes serta tidak lupa mengambil langkah pencegahan lain termasuk segera menjalani pe­meriksaan kesihatan jika demam secara berterusan,” katanya di sini baru-baru ini.

Zaini berkata, sebanyak 13 kes demam denggi dan denggi berdarah didaftarkan pada minggu Epid Pertama 2016 dari 3 hingga 9 Januari yang meningkat lima kes berbanding epid sebelum itu.

Beliau berkata, jika dibandingkan dengan tempoh sama iaitu tahun 2015 juga berlaku peningkatan seba­nyak tiga kes tetapi tiada kematian dilaporkan.

Zaini berkata, pada minggu epid pertama ini juga pihaknya menjalankan 612 pemeriksaan tempat pembiakan aedes de­ngan melibatkan 15 kawasan di seluruh negeri.

Katanya, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati 18 premis positif pembiakan aedes.