Pengerusi Jawatankuasa Promosi LIAM, Ramzi Toubassy berkata, kempen meliputi lima wilayah iaitu Tengah, Utara, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur itu bertujuan meningkatkan bekalan darah khususnya di Pusat Darah Negara sempena musim perayaan.

Menurutnya, kempen yang berlangsung selama dua minggu itu akan berakhir pada 5 Oktober ini.

“Ini merupakan usaha murni 16 syarikat anggota bersama termasuk Persatuan Insurans Hayat Kebangsaan Malaysia (NAMLI) dan Penasihat Takaful Keluarga (Namlifa).

“Kami menyeru semua ahli dan pihak berkepentingan untuk terus menggalakkan kakitangan, ahli keluarga, ejen serta pelanggan mengambil bahagian dalam kempen ini dengan berperanan sebagai penderma darah di lokasi terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ramzi berkata, pihaknya berjaya menambah bilangan pusat derma darah di semua lokasi daripada 37 kepada 57 lokasi tahun ini.

“LIAM telah mencapai rekod yang baik tahun ini dari segi bilangan pusat-pusat derma dengan sokongan daripada semua pihak, katanya,

Sementara itu, Presiden Namlifa, James Bong berkata, usaha itu wajar dipuji dan dijadikan contoh bagi meningkatkan ke-sedaran orang ramai untuk menderma darah kepada mereka yang memerlukan.

“Selain memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR), usaha itu dilihat mampu mendidik masyarakat tentang kepentingan menderma darah,” ujarnya.