Mohd Nor Hamzah
Mohd Nor Hamzah

Sebàliknya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah memberitahu, pendekatan yang cubà dilakukan ialah dengan mendampingi mereka berasaskan penyelesaian keislaman secara menyeluruh.

"Adalah lebih baik kita mendekati dan mendampingi dengan dakwah, kita pantau agar  mereka dapat keluar daripada kelompong kehidupan lama kepada suatu kehidupan baharu yang lebih baik dan harmoni", katanya.

Mohd Nor memberitahu demikian kepada pemberita ketika ditanya berhubung pendekatan kerajaan negeri berhubung  isu LGBT selepas  program Sekuntum Impian Sejambak Harapan, di sini hari ini.

Program yang melbatkan 18 peserta ini merupakan susulan daripada sesi pertama yang dihadiri 100 orang ‘mak nyah’ sebelum ini.

"Ada dalam kalangan mereka yang telah berubah walaupun tidak sepenuhnya, dan kita tetap melakukan pemantauan terhadap mereka yang pernah menyertai program ini,” ujarnya.

Katanya, bukan mudah bagi mengubah seseorang insan itu, apatah lagi ia melibatkan jiwa dan perasaan, mentaliti serta sikap.

Namun katanya kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan terus menggerakkan  usaha membantu memulihkan  mereka  agar kembali kepada fitrah asal dan menjalani kehidupan mengikut lunas agama.

"Banyak ruang dan aspek perlu diberi perhatian bukan penguatkuasaan semata-mata, tetapi juga melibatkan kerohanian, modal insan, dakwah, kebajikan, ekonomi, dan kekeluargaan", ujar beliau.

“Justeru  turut didedahkan dalam program ini  ialah tentang peranan jabatan dan agensi kerajaan yang boleh  membantu mereka dari segi kemahiran, kursus, bantuan perniagaan bagi membantu mereka memajukan diri.

“Ini termasulah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU),” ujarnya.- UTUSAN ONLINE