Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lelaki berkemampuan kena cepat kahwin

KANGAR 1 Mac - Mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyarankan lelaki yang berkemampuan supaya cepat berkahwin untuk memperoleh zuriat dan secara langsung menambah bilangan penduduk negeri Perlis.

Mufti Perlis saran lelaki berkemampuan cepat kahwin
 MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN

Katanya, Islam menuntut lelaki yang berkemampuan zahir dan batin berkahwin dan tidak wajar melengahkannya kerana sikap demikian menyebabkan bilangan umat Islam lambat bertambah.

"Saya harap mereka berani menyahut cabaran ini namun mereka juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan selain bertanggungjawab," kata Mohd. Asri dalam ceramah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi.

Beliau turut menyarankan golongan muda yang bekerja dan mencari rezeki di Perlis supaya memilih gadis-gadis negeri ini sebagai isteri dan terus menetap di Perlis agar matlamat menambah bilangan penduduk tercapai.

Dalam hubungan ini, ibu bapa sebaiknya tidak meletakkan hantaran atau belanja tinggi perkahwinan anak-anak gadis mereka sehingga membebankan pihak lelaki, kata Mohd. Asri.

"Hantaran perkahwinan adalah adat sedangkan Islam hanya menuntut mas kahwin," katanya dan menambah ibu bapa seharusnya mengutamakan kesejahteraan jangka panjang anak-anak mereka dengan berusaha mencegah kemungkaran. - BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain