Dalam serbuan pukul 11 pagi itu, selain menahan lelaki berusia 29 tersebut, pihak berkuasa turut merampas beberapa dokumen termasuk pasport milik pekerja terbabit.

Ketua Pasukan Petugas Khas Majlis Anti Pemerdagangan Orang Kementerian Dalam Negeri, Deputi Superitenden Hadzwan Zulkefle berkata, operasi bersepadu tersebut adalah hasil risikan pihaknya selama tiga minggu.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua pekerja berusia 18 hingga 30 tahun itu telah dipaksa bekerja lebih daripada 17 jam dengan bayaran gaji tidak setimpal serendah RM200.

“Mereka juga dikecualikan daripada cuti umum serta dikenakan potongan gaji walaupun mempunyai sijil sakit daripada doktor,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Hadzwan, semasa serbuan dibuat terdapat seorang pekerja wanita berusia 20 tahun telah pengsan disebabkan keletihan bekerja. - UTUSAN ONLINE