Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Legasi Residensi Kampong Bharu dilancar

Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) bersama-sama pemilik Rumawip
Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) bersama-sama pemilik Rumawip Legasi Residensi Kampong Bharu selepas sesi pelancaran dan undian kediaman tersebut di Kompleks MSN, Kampung Baru hari ini. Turut kelihatan, Dr. Loga Bala Mohan, Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz dan Dr. Shafei Abdullah.

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Sebanyak 206 unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) Legasi Residensi Kampong Bharu yang dibangunkan UDA Holdings Berhad dilancar hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kediaman berharga pada RM300,000 seunit itu berkeluasan 807 kaki persegi, mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan petak letak kereta berbumbung, termasuk kemudahan lain.

Jelasnya, pembinaan projek tersebut sedang dilaksanakan dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun melibatkan satu blok setinggi 43 tingkat bersama-sama kediaman harga bebas.

“Rumah mampu milik ini ditawarkan khusus kepada penduduk Kampung Baru seterusnya dibuka kepada orang ramai. Saya berharap pihak-pihak lain dapat mencontohi usaha UDA Holdings dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam membangunkan kediaman mampu milik.

“Setakat ini sebanyak 53,000 unit Rumawip telah dibina pada tahun lalu dan mencapai 65 peratus pembinaan,” katanya dalam sidang akhbar Sesi Pengundian Rumawip Legasi Residensi Kampong Bharu, di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. M. Loga Bala; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz dan Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Dr. Shafei Abdullah. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain