Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lebih banyak unjam akan dibina

Kerja-kerja mengikat unjam dilakukan anggota sukarelawan perikanan
Kerja-kerja mengikat unjam dilakukan anggota sukarelawan perikanan sebelum dibawa ke lokasi sesuai di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, semalam.

PASIR PUTEH 23 Feb. – Jabatan Perikanan akan membina lebih banyak unjam bagi membiakkan sumber laut di zon kira-kira 10 kilometer dari pantai untuk membantu nelayan tradisi menambah pendapatan.

Pengarah Perikanan negeri, Mat Zin Saad berkata, langkah itu perlu dilaksanakan dari sekarang secara berterusan untuk mengekang ramalan kepupusan pelbagai spesies ikan dalam tempoh 30 sehingga 40 tahun akan datang.

Beliau berkata, usaha itu perlu menjadi amalan dan budaya serta kebertanggungjawaban keluarga maritim dalam mengekalkan sumber hasil laut secara berterusan.

“Secara langsung usaha sedemikian akan memberi peluang kepada nelayan tradisi yang berada di zon penangkapan lima batu nautika (kira-kira 10 kilo­meter) dari pantai menambahkan pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Unjam Tukun Tiruan di Jeti Pengkalan Pak Da Mat, Tok Bali, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri, Kapten Maritim Nurul Hizam Zakaria.

Sebelum ini pelbagai pihak meramalkan negara akan me­nga­lami kepupusan sumber ikan dalam tempoh yang singkat berikutan pelbagai ancaman termasuk bot pukat tunda yang se­ring menceroboh perairan lima batu nautika dari pantai.

Mat Zin berkata, sehingga kini jabatannya termasuk agensi maritim yang berkaitan telah membina unjam di lebih 30 lokasi tetapi jumlah itu tidak mencukupi kerana permintaan terhadap sumber protein tersebut meningkat pada setiap tahun.

Sementara itu, Ketua Sukarelawan Perikanan Jajahan Pasir Puteh, Zahari Samat berkata, lebih 100 nelayan di daerah ini menyertai gerak kerja gotong-royong membina unjam daripada 38 buah tayar terbuang dan 62 dahan pokok gelam.

Menurutnya, tayar-tayar terbuang diikat pada ketulan batu yang dibina daripada simen konkrit manakala dahan pokok berkenaan pula diikat dengan batang buluh supaya ia terapung-apung di laut.

“Unjam ini akan dipasang kira-kira 5.7 batu nautika dari Pantai Tok Bali untuk pembiakan pelbagai spesies ikan terutama kembung, kerapu, sotong, selai, cencaru dan jenahak dalam tempoh tiga bulan dari sekarang,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain