Anwar Abu Bakar
Anwar Abu Bakar

Timbalan Pengarah JPBM negeri, Anwar Abu Bakar berkata, Kelantan masih bernasib baik kerana belum mencatat kes kebakaran yang meragut nyawa biarpun menjadi antara negeri yang memiliki jumlah pusat tahfiz dan pondok terbanyak.

Sehubungan itu katanya, para pengusaha pusat tahfiz dan pondok di negeri ini diminta menjadikan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur kelmarin sebagai iktibar dan mengambil inisiatif memeriksa aspek keselamatan premis masing-masing.

"Kita tidak kata pengusaha pondok degil. Sebenarnya masalah kewangan menjadi antara punca. Pendawaian semula yang perlu dibuat 10 tahun sekali misalnya tentu memakan kos apatah lagi apabila pondok zaman sekarang dibina seperti asrama.

"Risiko kecurian pula mendorong pondok memasang gril yang akhirnya menyukarkan usaha menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Sambutan Hari Malaysia peringkat negeri di sini hari ini.

Anwar berkata, pada tahun lalu pihaknya mengadakan pertemuan khas dengan pengetua-pengetua pondok di negeri ini bagi membincangkan isu keselamatan dan menjadi negeri terawal berbuat demikian. - UTUSAN ONLINE