Pengarah Pelancongan nege­ri, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, acara julung kali yang turut diadakan di setiap negeri melibatkan larian sejauh lima kilometer itu dengan penyertaan terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas akan bermula di perkara­ngan Stadium Sultan Mizan, Gong Badak.

“Dalam acara yang dijayakan dengan kerjasama SKY Event Management Sdn. Bhd. itu, peserta akan berlari mengelilingi Stadium Sultan Mizan dan akan menempuh tiga halangan daripada PVC yang akan memberi cabaran sekali gus membawa kemeriahan pertandingan.

“Program ini merupakan sebahagian daripada usaha mempromosi aktiviti berbentuk pelancongan sukan di negeri ini. Ia bakal turut disertai pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut beliau, sebanyak 3,000 helai baju-T akan diagih­kan secara percuma kepada peserta dan pelepasan akan disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Sepanjang program utama berlangsung turut diadakan beberapa acara sampingan seperti kayuhan ria sejauh 20 kilometer, senamrobik, acara pentas dan jualan dari trak makanan.

Tambah Tun Ahmad Faisal, sepanjang larian tersebut berlangsung, uji bakat terbuka turut diadakan bagi memilih 10 peserta untuk mewakili Terengganu ke Kuala Lumpur dalam pertandingan peringkat akhir.

“Seramai 10 orang yang menggambarkan wajah-wajah Terengganu akan dipilih untukbersama beraksi dalam acara akhir yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Disember ini.

“Mereka yang layak akan digabungkan dengan para peserta bertuah dari seluruh negara dan juga selebriti-selebriti tanah air bagi memeriahkan program ini.

“Dalam uji bakat ini, mereka mestilah berani, boleh bercakap dan sedia tampil di hadapan kamera untuk mewakili Terengganu di peringkat akhir,”ujar beliau.