Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kuantan, Pekan jadi pusat 
kumpul hasil seni pelukis tempatan

MOHAMAD SHARKAR SHAMSUDIN berbual bersama Mohd. Noor Mahmud (kiri)
MOHAMAD SHARKAR SHAMSUDIN berbual bersama Mohd. Noor Mahmud (kiri) ketika melawat pameran selepas merasmikan Pameran Siri Rasa Bertuhan di Muzium Seni,Kuantan, Pahang,baru-baru ini.

KUANTAN 27 Okt. – Kerajaan negeri mahu menjadikan daerah Kuantan dan Pekan sebagai pusat pengumpulan hasil seni pelukis tempatan sekaligus dapat menarik pelancong ke negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, bagi merealisasikan perkara tersebut, kerajaan negeri akan menyediakan platform kepada pelukis-pelukis yang mempamerkan lukisan mereka di sini.

“Kita di Pahang ada Muzium Seni di mana para pelukis boleh mempamerkan karya mereka namun mungkin pada masa akan datang kita akan bina satu tempat untuk pencinta seni itu berkarya dengan lebih aktif,” katanya pada sidang akhbar merasmikan Pameran Siri Rasa Bertuhan di Muzium Seni, Kuantan, baru-baru ini.Menurut beliau, usaha ini secara tidak langsung dapat mengangkat martabat seni lukis tempatan dan memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai hasil seni yang dikatakan mahal.

“Kita juga menggalakkan hotel di negeri ini mempamerkan karya pelukis terbabit untuk menarik lebih ramai peminat seni tempatan dan antarabangsa mengenali lukisan berkonsep Malaysia,“ katanya.

Katanya lagi, kualiti dan hasil kerja pelukis turut memainkan peranan supaya menjadi pilihan rangkaian hotel untuk pameran.

“Kerjasama di antara muzium dan pelukis juga mampu memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai keindahan hasil seni Melayu yang dikatakan antara terbaik di dunia,“ katanya.

Dalam majlis itu, Mohd. Sharkar melawat pameran Siri Rasa Bertuhan oleh pelukis Mohd. Noor Mahmud yang bermula 27 Oktober hari ini selama sebulan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain