Melihat pada kualiti penyelenggaraan jalan khususnya pada kekemasan turapan, banyak perkara yang boleh diberi perhatian oleh kedua-dua PBT berkenaan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Perbezaan pada kualiti turapan dan cara membaik pulih jalan rosak membuktikan ada pihak yang me­laksanakan kerja tanpa mengikut undang-undang atau spesifikasi yang ditetapkan.

Ini terbukti apabila ada kawasan yang tidak mempunyai masalah penyelenggaraan dan ada tempat yang masih dalam keadaan seperti ‘tikus membaiki labu’.

Antara kawasan yang sering menjadi titik aduan penduduk adalah di Jalan AU4/1, Taman Sri Keramat Tengah yang mengalami kerosakan se­perti jalan berlopak, lubang utiliti tidak diturap de­ngan baik sehingga membahayakan pengguna jalan raya.