AHMAD BASHAH MD HANIPA
AHMAD BASHAH MD HANIPA

Jurucakap penganjur, Isfa Kamal Ishak berkata, konvoi itu akan bermula di pusat membeli-belah Star Parade di sini, dan akan berakhir di dewan Kampung Paya Mat Insun, Pendang.

“Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipa dijangka melepaskan peserta konvoi, dan mereka akan disambut oleh Speaker Dewan Unda­ngan Negeri Kedah, Datuk Rozai Shafian di Pendang,” katanya di sini hari ini.

Isfa Kamal berkata, konvoi itu terdiri daripada 110 Proton Exora dan 40 buah Perodua Alza yang keseluruhan peserta termasuk ahli keluarga kira-kira 511 orang.

“Ini adalah kali keenam Konvoi A­mal Nurkasih membabirkan kelab permotoran Proton Exora yang juga dikenali sebagai Kelab Pemilik Exora Malaysia (EOCM) dan ini julung kaki bergabung dengan pemilik Perodua Alza.

“Konvoi ini juga mendapat kerjasama Pertubuhan Kebajikan Pesakit Ichthyosis Kedah, Majlis Belia Malaysia, Gerakan Belia 4B dan Kelab Pemilik Alza (MyAlza).

“Tujuan konvoi ini untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang wujudnya pesakit ich­thyosis dan untuk mengutip derma bagi mengisi tabung Pertubuhan Kebajikan Pesakit Ichthyosis Kedah,” jelasnya.

Selain itu kata beliau, konvoi itu juga untuk menggalakkan aktiviti sukan permotoran yang sihat dalam kalangan ahli EOCM dan MyAlza di samping mendekatkan belia dengan masyarakat.