Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Konsert Jelajah Permata Seni 2017 kali pertama diadakan

MELAKA 24 Mac - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir bagi menyaksikan Konsert Jelajah Permata Seni 2017 dengan bertemakan 'Seni Merentasi Zaman' di Ayer Keroh di sini malam ini.

Kemunculan kali pertama konsert tersebut telah memberi impak kepada masyarakat untuk membuka mata menghargai bakat-bakat muda dalam bidang seni di negara.

Program Permata Seni ini merupakan sebuah program pendidikan bertujuan untuk mengasah bakat seni kanak-kanak Malaysia berumur di antara tujuh hingga 17 tahun.

Program tersebut merupakan cetusan ilham Rosmah yang juga sebagai Penaung Permata yang telah dilancarkan di ibu negara pada 11 Januari 2010.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob bersama isteri, Toh Puan Zurina Kassim; Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan isterinya, Datin Seri Fadilah Abdullah. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain