Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kolej YPC tawar peluang lanjut pelajaran

Siti Asmart Azmi (kanan) memberikan penerangan kepada pengunjung
Siti Asmart Azmi (kanan) memberikan penerangan kepada pengunjung hari terbuka YPC International College di Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/Riduan Rizal Ahmad

KUALA LUMPUR 19 Mei – YPC International College mengadakan hari terbuka di Dewan Besar Utusan Melayu (M) Berhad di Jalan Chan Sow Lin di sini bagi memperkenalkan kursus-kursus akademik kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat menyambung pengajian peringkat tinggi.

Kaunselor Pendidikannya, Siti Asmart Azmi berkata, pihaknya dan Kumpulan Utusan turut menawarkan biasiswa kepada pelajar yang berkelayakan dan mendapat tempat untuk mengikuti pengajian di kolej itu.

“Para pelajar boleh merebut peluang untuk mendaftar di sini yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad.

“Hari terbuka ini memboleh­kan pelajar bumiputera lepasan SPM memohon biasiswa dengan hanya memiliki keputusan peperiksaan iaitu tiga hingga lima kredit ke atas,” katanya ketika ditemui di Hari Terbuka Biasiswa Utusan Malaysia-YPC di sini hari ini.

Katanya, kolej itu juga menyediakan pelbagai kursus peringkat untuk program asasi, diploma, A-level, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana serta mereka berpeluang untuk belajar di United Kingdom.

Menurut Siti Asmart, antara bidang yang disediakan untuk asasi ialah perniagaan teknologi maklumat, pengurusan perniagaan serta sains dan dalam bidang diploma pula, multimedia kreatif, perniagaan teknologi maklumat, pengurusan perniagaan dan perakaunan.

Tambahnya, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman web mereka iaitu www.kolejypc.edu.my atau hubungi 03-92833799.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain