sepanjang tahun bagi badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bermula hari ini.

Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Shahira Ahmed Bazari berkata, program direka bagi memperkasa rakan kerjasama ke arah meningkatkan komunikasi digital secara optimal menerusi media sosial untuk mendekati komuniti akar umbi, sukarelawan dan pihak berkepentingan.

“Program latihan media sosial ini akan dilaksanakan dalam empat fasa, bermula hari ini dan akan berakhir pada Oktober 2018. Kami percaya rakan kerjasama ini dapat menjana impak yang besar dalam mewujudkan lebih kesedaran tentang isu-isu sosial di Malaysia serta meraih manfaat untuk jangka panjang.

“Kami sangat teruja mereka berpeluang untuk belajar secara langsung dari pelopor utama media sosial, Facebook. Kami juga berharap rakan kerjasama kami akan dapat meraih manfaat dari program latihan ini untuk perkembangan jangka panjang mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE