Sumbangan disampaikan oleh Penaungnya, Tan Sri Zulhasnan Rafique kepada Pengerusi Pembangunan Kecemerlangan Masjid dan Surau Parlimen Setiawangsa (Pekemas), Abdullah Mohamad dalam Majlis Ikatan Silaturahim Bersama Parlimen Setiawangsa.

Sebanyak tujuh buah masjid dan lapan surau termasuk 38 surau disantuni dalam program yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdul Aziz Jusoh.

Sumbangan bertujuan menambah dana kewangan setiap kariah dalam mengimarahkan program ibadah di masjid dan surau menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi. - UTUSAN ONLINE