Lebih menambah keterujaan dan kegembiraan mereka apabila unit rumah baharu yang diterima itu dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Baginda turut meluangkan masa untuk bersama rakyat serta melawat salah sebuah rumah asal dan rumah baharu penerima di PA Desa Rejang.

Program itu dilaksanakan dengan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) melibatkan beberapa agensi antaranya Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan syarikat-syarikat swasta. - UTUSAN ONLINE