Penyelaras WIM 2017, Muhammad Naguib Kaharudin berkata, aktiviti yang akan dilangsungkan dalam karnival tiga hari itu meliputi arena permotoran, pameran, khidmat masyarakat, program kesedaran dan kesihatan serta hiburan.

“WIM 2017 bukan sahaja terbuka kepada peminat motor tetapi meliputi semua lapisan masyarakat. Pihak kami mensasarkan lebih 25,000 pengunjung akan datang memeriahkan program berkenaan.

“Persiapan kini berada pada tahap 80 peratus termasuk pemasangan khemah di lokasi iaitu Dataran Merdeka,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE