Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Warung Sempoi Baq Hang pikat warga Putrajaya

MENU Laksa Utara,Bihun Sup Utara dan Mee Kari antara menu utama 4
MENU Laksa Utara,Bihun Sup Utara dan Mee Kari antara menu utama yang menjadi pilihan semua pelanggan yang datang di Restoran Baq Hang di Precint 15, Putrajaya di sini. - UTUSAN ONLINE

PUTRAJAYA 21 April - Biarpun baharu beroperasi dua bulan lalu, Warung Sempoi Baq Hang yang terletak di Presint 15 di sini kelihatan meriah dengan kehadiran pelanggan pada waktu sarapan, makan tengahari dan minum petang.

Seawal pukul 6 pagi warung itu sudah dikerumuni orang ramai terutamanya kakitangan kerajaan untuk bersarapan dengan menu utama nasi lemak dan mi goreng manakala lauk pauk ala kampung pula dihidangkan untuk makan tengah hari.

Pemilik Warung Sempoi Baq Hang, Norhaya Mat Zain, berkata, pelanggan yang tidak mahu mengambil makanan berat boleh menikmati bihun sup, laksa dan mi rebus yang dijual pada harga RM4.50 semangkuk.

"Nama kedai tersebut diambil daripada loghat negeri Kedah iaitu daripada perkataan 'sempoi' yang membawa maksud terbaik dan perkataan 'habaq' atau beritahu sementara perkataan 'hang' adalah kata ganti nama bagi awak.

"Idea pemilihan nama ini dibuat kerana saya dan tiga pekerja berasal dari Kedah dan kami ingin menonjolkan identiti masakan utara yang disediakan di warung ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Norhaya yang berpengalaman tiga tahun sebagai tukang masak berkata, warung tersebut menawarkan makanan pada harga yang murah kerana mahu memberikan kepuasan kepada pelanggan dan bukan berniat untuk mengaut keuntungan berlebihan.

"Harga bagi masakan berasaskan ikan seketul ialah RM3, ikan seekor (RM3 hingga RM5); ayam (RM3 seketul); daging (RM3 hingga RM5); sayur (RM1); sotong sumbat (RM3); sotong biasa (RM3.50); telur dadar atau rebus (RM1 sehingga RM1.50) dan nasi sepinggang (RM1).

"Sebelum ini, ada pelanggan yang datang ke warung saya terkejut sebab harga makanan dan minuman yang dijual sangat murah walaupun beroperasi di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, malah harga dijual sama seperti di kampung saya di Kuala Nerang, Kedah," katanya.

Dalam pada itu katanya, beliau berharap perniagaannya itu mampu bertahan dan dalam pada masa yang sama semua pelanggan berpuas hati dengan menu yang ditawarkan pada harga yang berpatutan.

"Pada sebelah petang kami juga ada menjual masakan panas untuk dinikmati oleh pelanggan," katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain