Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondominium itu, Yassir Yusof berkata, tindakan kurang ajar penghuni warga Britain yang selalu mencetuskan provokasi perkauman dan bersikap kurang ajar itu menimbulkan ketidakselesaan dan mengganggu ketenteraman penduduk.

Terbaharu katanya, sebuah lampu limpah (spotlight) dipasang di depan pintu rumahnya sehingga mengganggu penglihatan penduduk berhampiran unit kediamannya.

“Kami tidak tahu apa tujuan sebenar dia menghalakan spotlight selama 24 jam setiap hari di depan pintu rumahnya sejak lebih sebulan lalu.

“Apabila diajak berbincang dia pasti mengelak dan menghamburkan kata-kata kesat,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yassir berkata, pelbagai usaha dilakukan termasuk membuat aduan kepada pihak berkuasa sejak beberapa tahun lalu namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan. - UTUSAN ONLINE