Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Anuar Mhd. Juri berkata, penganjuran acara yang mengangkat slogan ‘Jom Pancing, Rakyat Ceria, Komuniti Sejahtera’ itu juga antara lain bertujuan memberi ruang warga kota beriadah bersama keluarga pada hujung minggu.

“Setiap penyertaan dikenakan yuran sebanyak RM35. Juara pertandingan ini akan membawa pulang wang tunai RM5,000 diikuti RM2,000 untuk naib juara, manakala RM1,000 bagi tempat ketiga.

“Pemenang tempat keempat akan menerima RM300, pemenang tempat kelima hingga 10 menerima RM200 dan pemenang tempat ke-11 hingga 100 akan menerima RM100 setiap seorang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman sosial Facebook, JoranKL atau menghubungi urus setia di talian 013-3052811, 013-266 7011 atau 012-2846811. - UTUSAN ONLINE