DBKL dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya bercadang untuk memendekkan tempoh waktu operasi pusat hiburan malam hanya sehingga pukul 1 pagi.

“Oleh yang demikian, DBKL ingin mendapatkan pandangan umum terhadap cadangan tersebut dan mengalu-alukan penyertaan semua penduduk untuk melakukan kaji selidik ini.

“Kaji selidik ini mula dijalankan selama sebulan bermula 1 hinga 31 Januari ini. Mereka yang berminat untuk memberi pandangan boleh berbuat demikian dengan melayari laman web http://elesen.dbkl.gov.my/elesennew/surveyform.aspx,” kata kenyataan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE