Pembukaan rasminya hari ini bakal beri pilihan kepada pengunjung kerana IPC yang berkongsi bangunan dengan IKEA itu turut dimeriahkan dengan gedung komersial lain antaranya Tesco, The Curve, ECurve, Hotel Royale Chulan Damansara, Royale Chulan The Curve dan MRT Mutiara Damansara.

Pengarah Pusat Beli-Belah IKEA Asia Tenggara, Thomas Malmberg berkata, pasaran pengguna kini sentiasa berubah oleh itu pembangunan semula dengan nilai pelaburan berjumlah RM200 juta itu bagi memenuhi keperluan dan pengalaman baharu kepada pengunjung.

Katanya, untuk kekal relevan naik taraf bagi mewujudkan ruang beli belah yang kontemporari dan mampu beri inspirasi kepada setiap anggota keluarga mempunyai ruang yang memenuhi citarasa masing-masing tersendiri.

“Kami tidak takut membuat perubahan untuk mencapai apa yang kami percaya demi masa depan yang lebih besar, lebih cerah, dan hijau untuk kami dan pembeli kami,” katanya dalam ucapan sempena perasmiannya di sini hari ini.

Antara yang baharu di IPC kali ini adalah kehadiran pasar raya moden, Ben’s Independent Grocer serta medan selera ‘Foodland’, kawasan mainan kanak-kanak ‘Funland’ termasuk IKEA Cafe yang pertama di Malaysia dan kedai kasut utama Skechers yang terbesar di Asia Tenggara. - UTUSAN ONLINE