Ketibaan beliau disambut meriah oleh pengetua dan guru sebelum diiringi meninjau beberapa tempat di sekolah seperti bilik muzik, kelas serta bilik pentadbir.

Menurut Pengetuanya , Abdul Halim Musa, sekolah itu mula beroperasi pada bulan Jun yang lepas dan boleh menampung kira-kira 600 pelajar.

“Setakat ini secara keseluruhan sebanyak 119 pelajar telah berdaftar dan jumlah itu akan bertambah pada tahun hadapan apabila menerima kemasukan kira-kira 147 pelajar tingkatan 1,” katanya. - UTUSAN ONLINE