Antara sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Air Panas, SK Jalan Kuantan, SK AU Keramat, SK Desa Tun Hussein Onn, SK Padang Tembak dan SK Taman Sri Rampai.

Setiap penerima memperoleh sijil, beg sekolah serta wang tunai dalam majlis di SK Wangsa Maju R10 yang disempurnakan Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari.

Seorang penerima, Nur Naili Adiba Badrul Hisham, 12, yang memperolehi 6A berjanji akan menjadikan kejayaan itu sebagai pendorong semangat untuk terus berjaya pada masa depan.

“Bagaimanapun, diharapkan kawan-kawan yang lain tidak berputus asa kerana perjalanan kita masih panjang dan setiap orang berpeluang untuk cemerlang,” katanya. - UTUSAN ONLINE