Ketuanya, Datuk Rizalman Mokhtar berkata, usaha itu merupakan inisiatif pihaknya dengan Persatuan Teksi Bandar Tun Razak bagi membantu pemandu teksi.

“Sebenarnya tujuan saya bukan sekadar pemberian kupon NGV percuma semata-mata, isunya lebih kepada mendengar rintihan dan permasalahan pemandu teksi di ibu kota.

“Antara rungutan yang saya dengar adalah kewujudan Uber dan Grabcar yang menjejaskan pendapatan mereka. Mereka memohon kerajaan mengkaji dan mencari jalan penyelesaian kemelut ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Stesen Petronas NGV Bandar Tasik Selatan. - UTUSAN ONLINE


Video oleh ZULFADLI SHARIFUDIN