Program itu bermula di Ibu Pejabat TNB di Bangsar, di sini, dan berakhir di Melaka selepas semua cabaran yang dipertanggungjawabkan kepada semua peserta dapat diselesaikan menerusi soalan-soalan yang diberikan.

Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat TNB, Datuk Ir. Mohd. Aminuddin Mohd. Amin berkata, semua peserta akan meneruskan perjalanan lebih 250 kilometer (KM) dengan melalui jalan-jalan yang telah ditetapkan.

“Sepanjang perjalanan itu, mereka ditugaskan untuk mendapatkan barang yang diperlukan dan menjawab semua soalan yang disediakan.

“Antara soalan yang dibekalkan adalah termasuk operasi, inisiatif, tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan amalan budaya sihat khusus berkaitan dengan TNB dan pengetahuan awam,” katanya di sini.

Mohd. Aminuddin berkata, program tersebut dilihat mampu merapatkan lagi hubungan kerjasama antara pihak TNB dengan media.

“Acara ini merupakan acara kedua selepas dianjurkan pada tahun 2015 lalu dan tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan bersama pihak media khususnya. - UTUSAN ONLINE


Video oleh FAUZI SUHAIMI