Projek hartanah kediaman sulung syarikat itu melibatkan pembinaan bangunan 39 tingkat yang menempatkan sebanyak 473 unit kediaman yang dijangka siap sebelum suku pertama 2021.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, projek berkenaan menjadi pilihan warga kota disebabkan lokasinya strategik selain menjadi akses pengangkutan awam Transit Aliran Massa 2 (MRT2) Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP).

“Sehingga kini, sebanyak 70 peratus jualan unit sudah dicapai dengan harga permulaan ditawarkan RM600 sekaki persegi manakaka binaan kediaman adalah di antara 657 kaki persegi hingga 1,238 kaki persegi,” katanya ketika berucap melancarkan projek tersebut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Video oleh NIK HAFIZUL BAHARUDDIN