Pembukaan T[email protected] ini sekali gus menjadikannya sebagai lokasi kedua selepas Tapak pertama di Persiaran Hampshire, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 2016 lalu.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, pembukaan [email protected] adalah satu inisiatif yang secara tidak langsung mendorong usaha membangunkan usahawan food truck di kawasan itu.

“Ini merupakan teladan perkongsian berkesan antara pihak berkuasa tempatan dan sektor swasta untuk menyokong industri food truck dan mewujudkan ruang sosial yang memenuhi keperluan awam.

“Saya berharap supaya peniaga di [email protected] dapat mematuhi semua peraturan ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam meningkatkan perniagaan lori pintar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Majlis Sahabat Smart Trak MBPJ dan Aplikasi Pengurusan Smart Trak (Kapita) bersempena pembukaan [email protected] di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama, Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Johary Anuar; Pengarah Tapak Urban Street Dining, Syed Izmir Syed Amir dan Pengasas Bersama Tapak Urban Street Dining, Tawfique Roseli.

Dalam pada itu, Syed Izmir berkata, pembukaan [email protected] itu adalah selaras dengan misi mereka dalam mewujudkan lebih banyak ruang sosial selain peluang untuk penggemar makanan food truck menerokai pengalaman makan malam di kawasan jalanan.

“Hari ini, perniagaan food truck bukan dilihat sekadar trend tetapi ia adalah soal masa depan. Ini menjadikannya popular dan mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Beliau berkata, [email protected] itu beroperasi di atas tanah keluasan 10,000 meter persegi yang dapat menampung kira-kira 600 orang pada satu-satu masa.

“Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat makan, khemah boleh ditarik balik, tempat membasuh pinggan, tandas dan surau selain persembahan secara langsung oleh kumpulan Buskers,” katanya.

Menurutnya, [email protected] mengetengahkan lebih 100 makanan tempatan yang dikendalikan oleh 20 trak makanan dan beroperasi setiap hari dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam (Isnin hingga Khamis) dan 6 petang hingga 1 pagi (Jumaat, Sabtu dan Ahad). - UTUSAN ONLINE