Pegawai Tugas Khas PMSP, Shafik Abdullah mendakwa, terdapat keraguan berhubung kelulusan projek berkenaan yang dilihat berkemungkinan berlaku penyelewengan.

Jelasnya, papan tanda projek berkenaan yang diturunkan secara mengejut daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menimbulkan tanda tanya.

“Syarat meletakkan papan tanda tersebut adalah 14 hari, tetapi mengapa diturunkan lebih awal?

“Adakah papan tanda projek yang diletakkan beberapa hari sekadar memenuhi syarat bagi memaklumkan kepada orang ramai?. Bagi saya, ini merupakan satu taktik dan tipu helah yang dilakukan pihak tertentu,” katanya dalam sidang akhbar berhubung isu tersebut hari ini.

Yang turut hadir Presiden PMSP, Ramesh Rao.

Menurut Shafik, pihaknya tidak teragak-agak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tindakan seterusnya.

“Kita sedang menjalankan siasatan dan pembongkaran mengenai projek tersebut jika terdapat elemen rasuah.

“Kami tidak membantah sekiranya projek dibangunkan untuk kebaikan rakyat. Apa yang kami kesalkan cara projek itu dikendalikan dan berharap DBKL lebih telus dalam hal ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE