Pengerusi Biro Latihan UMNO Bahagian Titiwangsa, Abd. Rahman Asri berkata, program di tiga kawasan dalam parlimen Titiwangsa iaitu Zon Kampung Pandan, Zon Keramat dan Zon Kampung Baru itu bertujuan merapati masyarakat khususnya golongan muda.

“Selain program ini, kita juga akan susuli program lain yang berbentuk kemasyarakatan terutamanya bantuan kepada golongan yang memerlukan. Kita harap menerusi program ini dapat meringankan beban golongan sasar selain untuk memperkukuhkan hubungan yang sedia terjalin,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, salah seorang penerima, Amin Azizan, 37, menyifatkan program tersebut disifatkan program kepada rakyat dan perlu dijadikan contoh kepada pihak lain.

“Meskipun bantuan ini sedikit, namun ia cukup bermakna memandangkan kos hidup yang semakin hari semakin meningkat,” ujarnya.