Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, usaha itu adalah untuk memberi jaminan kepada keharmonian negara sekali gus mensejahterakan rakyat.

“Isu perpaduan ini sebenarnya kita pernah capai pada zaman dahulu lagi, tetapi malangnya kini hubungan itu sudah mula renggang antara satu sama lain.

“Perkara ini kita perlu pupuk semula untuk memastikan semangat perpaduan dan integrasi dapat dicapai,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Minggu Perpaduan dan My Rukun Negara 2017 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Abdul Halim Hasan dan Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Ibrahim Yusoff. - UTUSAN ONLINE