Pengarah Eksekutif Bahagian Sumber Strategik dan Perhubungan Awam Puncak Niaga, Prof. Datuk Dr. Mohd. Zainul Fithri Othman berkata, bantuan itu adalah bagi membantu pelajar kurang upaya penglihatan yang berdepan masalah kekurangan buku rujukan untuk pembelajaran.

“Kami berasa terpanggil untuk menghulurkan bantuan ekoran kos penyediaan buku ini juga agak mahal dan terhad. Jadi, kita mengambil peluang untuk menyertai program ini sebagai usaha tanggungjawab sosial korporat tahunan syarikat,” katanya kepada Utusan Malaysia. - UTUSAN ONLINE

Video oleh FAUZI SUHAIMI