Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Ir. Zohari Sulaiman berkata, program tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang bertujuan mengeratkan hubungan bersama komuniti selain mendedahkan pelajar berkenaan terhadap pengangkutan awam.

“Program itu juga dapat memberi peluang kepada golongan kurang upaya (OKU) untuk menghargai kemudahan awam yang disediakan kerajaan.

“Saya harap mereka akan terus menggunakan kemudahan ini sebagai gaya hidup apabila berada di alam remaja dan pekerjaan nanti,” katanya ketika ditemui dalam program berkenaan di stesen Transit Aliran Massa (MRT) Merdeka, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE