Paip berkenaan dipercayai pecah disebabkan rempuhan sebuah kereta kira-kira pukul 5 petang tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya akan terus ke lokasi dan kerja-kerja baik pulih paip dilakukan dengan kadar segera.

“Orang ramai boleh layari www.syabas.com.my untuk sebarang maklumat terkini berhubung kejadian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.- UTUSAN ONLINE